Monday, April 22, 2013

dah semak ke?


korang dah semak ke?
aku dah berapa kali semak pun berapa kali gak aku lupa..ingat la parlimen mana..
tapi kang lupa saluran mana la..lokasi sekolah la..macam2

aku dulu kan dok ampang hilir..so, masih di parlimen situ la..sebab alamat lama kat myKad masih kat kampung mengkudu (now rupa bentuk kampung pun tak nampak...ilang dimakan kemodenan)
macam adik aku si am tu..dah letak alamat baru..dia nyer tempat buang undi bebetul kat sekolah acu..depan umah aku jela..untunglah..
mycinta lak lagi jauh..kat pahang nun.
so kami tak decide lagi nak balik sana dulu ke or berpecah la kami di hari ngundi sok..huhu

masuk kali ni..baru 3x aku berpeluang nak ngundi..start tahun 2004...pastu 2008 dan tahun ni..
tapi 2004 tu la 1st n last aku pegi..sebab 2008 tu aku x g undi sebab aku pun termasuk dalam orang2 yang protes nak bagi undi pada orang yang aku tak suka..sudahnya tempat aku tu beralih angin ke tangan orang lain..hahaha *Sila jangan tiru aksi ini*

tahun 1999 tu aku x layak lagi ngundi..tapi aku penah keje jadi petugas SPR..hehe..ala..yang macam kerani dok check IC dan nama orang tu..kalo org tu dah datang ngundi, sila strike through nama mereka..tu jela keje aku..start keje dari kul 7 lebih kot..sampai kul 6 lebih tak silap..sebab kena tunggu depa kira kertas undi satu2..nak telus la katakan..so, bukak satu2 kertas tu depan ejen suma..
oleh itu aku tau gak la proses pengundian tu dikira camana..tapi peliknya tu pun ada gak yang kata undian tipu la..tak telus la..ntah apa2..betulla kan..nak puaskan hati orang memang payah..

ada gak kenangan aku masa malam pRU masa tu..
masa tu kan aku dok kat ampang hilir..dan projek nak buat highway MRR2 kat situ baru dibuat..lum siap tapi dalam prosesla..
so, malam tu kitorang ramai (kitorg = aku dan sepupu2 dan jiran2) dok tepi highway..pegang bendera..keta lalu je kitorang dok kibar2 bendera..
ada keta yang sokong bendera tu..hon2 dan sorak la..
yang tak sokong tu hon panjang skett..hahaha
tapi masa tu zaman bebudak kan..mana la pk orang tak suka ke apa..yang kitorg pk seronok je..ye tak

dulu calon PRU tempat aku memang best & baik..sapa kenal?Dr. Suleiman Mohamed => link


lama juga dia pegang & jaga tempat aku dulu..memang beliau pandai jaga hati penduduk..rajin turun padang..
tahun 2008 dulu dia tak bertanding..tapi digantikan orang lain yang ala2 sombong n tak mesra rakyat..oleh itu  tempat tu pun dah terlepas kat tangan orang lain..
tahun ni for sure aku akan pegi ngundi..sebab calonnya dah berjasa kat aku dan family..yup..aku taknak undi orang lain..sebab calon tu dah terbaik untuk aku (sapa yang bakal undi kat parlimen titiwangsa?mohon la korang pun undi Dato' JAG k..tu shortform nama beliau..sila cari nama penuh beliau sendiri ek..)

kekadang bukan sebab parti kita mengundi..tapi sebab keperibadian mereka yang menawan hati kita kan..
bukan payah pun..rajin2 la turun padang & dgr apa masalah penduduk..tu je
janganlah time nak kempen je baru tnjuk muka..masa tu bukan dapat pujian ke apa..caki maki lagi ada..(mohon2 takde la ye..hehe)

No comments: