Friday, March 1, 2013

final part - johor trip - homestay

johor trip ni bukanlah 1 plan yang terancang sebenarnya..
sepatutnya aku je yang pergi..bawak abah aku..sebab adik dia dah sakit teruk..
memandangkan aku takde plan nak ke mana2 cuti CNY tu..jadi aku suh abah aku block date tu siap2..
untuk makluman, keje abah aku ni kalo weekend salu ada prog..sebab tu kena block diary dia siap2..kalah menteri kan..
plan pun pegi sana baru nak cari hotel..tapi dalam masa yang sama aku cari2 gak la promo Agoda.com kalo ada menarik..
tapi tempat yang kami nak tuju tu ke kota tinggi..adalah payah sket la nak dapat hotel yang best2 kat situ..
pulak tu biler akak2 aku dapat tau nak g Johor..akak aku 1st tu takde masalah la sebab husbandnyer memang cuti...so, folo la dia..
pastu akak no 2 tu lak xleh kalo tak join apa2 aktiviti kitorg...tak senang duduk dia kalo dia dapat tau dia tak dapat join
bukan apa..suami dia keje tak tentu masa..kekdg cuti pun kena keje..dia pulak biler dapat tau nak pegi ni..sanggup ni nak folo keta sapa2 yang kosong..
tanya pulak adik2 lelaki aku..suma on..termasuk IWAN..so akak aku no 2 tu pttnya tumpang keta iwan la kalo suami dia tak pegi..kira back-up plan gitu
biler dah suma nak pegi..makanya cari hotel mmg agak payah sebab CNY nyer pasal, suma hotel dah fullhouse kan..oleh itu aku cr inisiatif lain la..HOMESTAY..sekarang kan musim2 homestay
aku cari kat laman web rasmi aku la..MUDAH.MY..situ macam2 ada..
dan berjumpa la 1 umah di taman medan jaya, kota tinggi...umah teres 4 bilik ..aku sms a few..tapi lucky sungguh yang taman medan jaya tu masih available..sewanya lak rm190 semalam..utk 4 blk..kira ok la kan..
pastu aku cr lak lg homestay kat batu pahat ...dapat 1 ..tapi malangnya umah tu dah ada org booked..tapi baik sgguh makcik tu..dia tlg uruskan sewa kat homestay kawan dia..sederet ngan umah dia gak..RM200 semalam dgn 4 bilik..wowoww...rezeki kami..
plan last minit pun jadi la..cumanya IWAN last minit kena keje bawak group g jalan2 melaka..tak dapatla dia nak ikut..oleh itu ada 3 keta jela yang pegi..
nak nengok homestay kat batu pahat tu?serius best..yang kota tggi tu untuk sekadar tido bolehla..aku nak amik gambo pun tak sampai ati..huhu
ni adalah contact number untuk homestay kat kota tinggi tu..sila la amik kalo korang nak g ke sana..
sampai balik orangnyer tidak la aku jumpa sebab urusan serah n amik kunci dia tanggungjawabkan pada jiran sebelah dia..which is india..
ni bilik ke 4 - homestay batu pahat..nengok tu..siap ada ekon..
aku suspek ni dulu adalah stor..tapi dijadikan bilik air..kemas..bersih

toilet ..orang kata kalo kita 'membuang' kat umah tu..means kita serasi kan?haha..maybe lepas2 ni aku repeat lagi ke sini?

bilik air master

dapur n sinki ..tengah2 umah..sori..terpusing..malas nak betulkan..barang2 pun suma dia punya..beras, bawang..masa balik aku dah sms tuan umah bgtau barang2 dia apa yang aku pakai/makan..mintak halal beb..jadi darah daging tu..tapi ada gak aku tinggalkan a few untuk sedekah orang2 pasni lak..jadi win-win la kan
ni bilik 1st...ada ekon gak..huhu...aku sebenarnya lupa yang homestay ni ada 2 bilik yg ada ekon..korang tau jela..aku ni takleh berpanas...peluh macam banjir nnt..aku sampai kat homestay ni dulu terus aku terjah bilik yang cantik dkt bilik air..tak pk langsung pasal blk tu ada ekon ke tak..huhu
tv besar beb..adik2 aku bawak PS3..suka la depa main
ni bilik aku tido...3rd room..ada queen bed..kemas kan?tapi bilik ni mujur tak panas..kipas siling...max aku pasang..sudahnya esok paginya beku..hehe
ruang rehat kat meja makan
kalo tak cukup bilik tido..tu dia sediakan toto n bantal extra...sepupu aku pakai hak tu la ..dia tdo depan tv
ada juga peti sejuk..ada barang2 yang dia sediakan dalam peti ni..
ni bilik ke2...ada 3 katil single..memang just nice la untuk abah aku, acu n am...kalo iwan ada..sure kena pakai toto..hehe
kesimpulannya..aku suka la homestay kat batu pahat tu..for sure aku akan book lagi next2 time

No comments: