Tuesday, April 10, 2012

kena cari orang kaya?


tak ingat citer ni hari apa..tapi aku ingat aku nengok citer ni di 8tv..
tajuknya "Marry a Rich Man"
memula malas nak layan ..pastu nengok pompuan tu macam lawa lak (ye, aku suka nengok pompuan / lelaki yang lawa or ensem..hehe)
terus melekat depan tv..ni tv dalam bilik ye..kat luar memang tak dapat la nak melongo nengok..dah di'conquer' lelaki2 di rumah aku tu..(walhal astro tu tiap2 bulan aku yang bayor..huhu..redha jela)

kisahnya mengenai seorang pompuan yang kejenya menghantar gas ke rumah/kedai jika ada order..maknanya..dia bukanlah seorang yang kaya ye..
dia ni bercita2 tinggi..nak cari lelaki kaya supaya idup dia senang..supaya takdela keje penat badan tapi dapat income sket je...
jadi, kawan dia cadangkan beli 1 buku yang mengajar cara2 nak mencari/memikat pasangan yang kaya..
dia rajin la follow step yang diajar dalam buku tu..buku tu kata suh beli dan bergaya macam orang kaya..dia pun buat..elok pas dia buat..dia terjumpa balik kawan sekolah dia yang memang kaya tapi tak ensem..so, dia reject..(memilih la pulak kan..hehe)
sampailah 1 step tu ajar dia pegi bercuti macam orang kaya..sebab hanya orang kaya je rajin g bercuti ke luar negara ..dan ada kemungkinan dari dalam flight lagi dia akan berjumpa orang kaya yang bujang..dia pun amik keputusan bercuti ke Rom, itali..
dan dia bertuah la sebab dalam flight dia jumpa seorang lelaki yang ensem (bagi dia la) dan nampak bergaya..diorang pun berkenalan la..dan dari gaya berbual memang lelaki tu macam orang kaya la..
dari situ, diorang berpakat nak g berjalan2 kat Rom tu sesama...sebab masing2 konon kata dah biasa sangat pegi atas urusan keje jadi diorang kali ni pegi nak bersantai2 jela..dan ikut arah tuju kaki je melangkah..(takde plan la tu)..
maka riang ria la diorang ke sana sini sampai la 1 tempat tu secara tak sengaja dua2 tercicir wallet..masa nak beli foods baru diorang perasan sebab nak kuarkan duit untuk bayar..
dengan takde duit, passport dan segala dokumen penting diorang pun try la wat persembahan jalanan sebab masing2 dah lapar..
masa tu masing2 dah tertarik la..kira macam suka antara 1 sama lain..
dapat duit yang cukup untuk beli 2 orang nyer foods, dah beli makan (tapi lelaki tu tak beli makanan, dia beli teropong..untuk dihadiahkan kat pompuan tu..sweet kan?) so, makanan dibeli untuk sorang tu dishare berdua..
bermalam pun terpaksa dok tepi jalan je..
esoknya time diorang berjalan2 ada polis pelancong tahan..ingatkan ada buat salah apa2..tapi rupanya nak pulangkan wallet diorang berdua..
dah dapat wallet tu..diorang pun nak g makan2 untuk meraikan benda tu..order macam2 kot..sampai bil memang tak mampu la nak bayar...so, lelaki tu minta keluar nak cari bantuan..sampai la kedai nak tutup lelaki tu tak datang2...pompuan tu terpaksa kol pusat kad kredit suh tambah limit..
tapi balik HK dia bengang la ngan lelaki tu sebab sampai sudah dia tak cari or kol pompuan tu
memula aku pun fikir lelaki tu jahat..
sebab dia pun rupanya bukan orang kaya..dia mekanik keta je..kekawan dia pakat2 kumpul duit bagi kat dia suh pikat pompuan kaya ..
yang pompuan tu dah frust berkawan balik ngan kawan dia yang kaya tapi tak ensem tu..
1 hari diorang g kelab..tetiba dia jumpa lelaki yang dia suka tu..tak sempat tanya..dia folo lelaki tu sampai bengkel..masa tu dia tanya kenapa tinggalkan dia..lelaki tu tipu la kata dia cari pompuan kaya..(rupanya dia pun ikut buku tu) so, biler dia tau pompuan tu tak kaya..dia pun blah..padahal dia dah suka kat pompuan tu..
biler dia cakap camtu..pompuan tu tampar muka dia dan blah..datang kawan pompuan tu yang kaya tapi tak ensem tu bagi cek kat lelaki tu suh jangan kaco pompuan tu lagi..
lelaki tu amik cek tu..tapi bukan untuk kegunaan dia..dia beli kasut ala cinderella yang pompuan tu idam2kan..dan dia antar secara rahsia (guna anjing) kepada pompuan tu..
biler pompuan tu sedar hadiah dari lelaki tu..dia folo anjing tu sampai la dia jumpa lelaki tu..dan dia tanya lagi kenapa..kalo tak suka dia kenapa wat dia camni..bagi benda dia suka..camtula lebih kurang..perjumpaan tu ditepi pantai ye..
pas ditanya..baru la lelaki tu berterus terang..dan diorang pun kira terima la diri masing2..tengah2 berpeluk tu tetiba datang helikopter dan grup wartawan..kerumun diorang..
rupanya ada peraduan daripada buku tu..kalo sesapa yang ikut bebetul step yang buku tu suruh dan pilih cinta dari kekayaan, akan menang 10 juta..tapi duit HK la..bukan duit malaysia..
jadi, akhirnya diorang tetap la jadi kaya sebab kisah diorang tu akan difilemkan dan mendapat untung dari filem tu..
finish..

kesimpulannya..harta kekayaan memang menyenangkan tapi bukan membahagiakan ye..

No comments: