Wednesday, April 18, 2012

ke mana perginya periKEMANUSIAan?

IPOH: Kematian bayi lelaki berusia dua minggu melaporkan akibat dipijak bapanya di Taman Bernam Jaya, Tanjung Malim pada Khamis lalu disahkan polis berpunca akibat patah tulang rusuk dan tempurung kepalanya hancur.

Sumber polis berkata, hasil laporan bedah siasat pakar patalogi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, di sini, mendapati selain dipijak bapanya, bayi malang itu turut dihumban ke dinding.

Menurutnya, mangsa dipercayai dihentak atau dihumban ke dinding oleh bapa kandungnya sendiri yang dikatakan berada dalam keadaan mabuk.

“Mangsa mati dalam keadaan terseksa apabila tengkoraknya hancur. Ada kemungkinan kepala mangsa dihentam sekuat hati pada objek keras hingga menyebabkan tengkoraknya pecah.

“Doktor yang melakukan bedah siasat turut menemui kepingan dan cebisan tengkorak mangsa yang sudah pecah. Selain itu, tulang rusuk mangsa juga patah dipercayai akibat dipijak bapanya“ katanya.

sumber berita dari :- HMetro




hmmm..tak tau apa reaksi yang sesuai untuk aku tunjukkan pas baca berita ni

aku sebenarnya tak sampai ati langsung kot nak baca..sebab tahap imaginasi aku ni tinggi..biler baca mesti nak bayangkan camana rupa, rasa sakit yang budak tu tanggung..

come on la..baru 2 minggu ok!!..2 minggu..!! apa la yang budak tau dan faham dengan usia yang baru 2minggu bernafas kat dunia ni

tak tau la nak kategorikan bapanya tu..giler ke..mabuk ke ataupun dah dirasuk syaitan..

mengikut siasatan polis, mungkin beliau dalam keadaan mabuk...nengok la penangan arak kepada manusia..sampai boleh membabitkan kematian orang yang tak bersalah langsung!!

geram betul aku..sepatutnya apa yang dia buat kat budak tu..memang itulah yang patut dibuat pada dia balik..biar dia rasa camana sakitnya masa budak tu kena..

ye..aku sangat emosi..tapi dengan cara camtu je untuk hukum orang yang takde perikemanusiaan camni..

kalo betul pun tak suka dengar budak tu menangis ke..meragam ke..jangan buat anak!

orang lain yang takde anak sket punya susah nak dapat..dia yang dah dapat senang je bunuh / seksa budak tu camtu..

tak faham aku orang camni..masalah mental betul..

semoga roh budak tu ditempatkan di syurga ..:(

No comments: