Sunday, December 25, 2011

BR1M

rata-rata citer pasal bantuan dari kerajaan untuk golongan yang berpendapatan isi rumah bawah 3k tu kan..tak silap aku tarikh tutup antar borang ialah pada 10 Januari 2012 nanti

bagi pendapat aku..memang bagus la..walaupun hanya RM500..tapi untuk penduduk luar bandar or yang dok pendalaman tu memang lebih dari cukup ngan wang sebanyak itu

untuk yang dok KL ni..pastikan korang (penduduk/rakyat) yang rasa diri tu bebetul layak dan memenuhi syarat2 baru la mohon..kalo tak layak tu..bagi la peluang kat orang2 yang lebih layak untuk memohon..sian depa..maybe bantuan ni boleh menampung mana2 yang kurang untuk depa..

untuk aku..memang dah lama tak layak pun..tapi takpe..aku rasa ramai lagi kat luar sana yang lagi susah dari aku..

tapi untuk penduduk kampung or pedalaman tu..aku rasa kerajaan lagi patut terus bagi je kot kat depa..takpayah tunggu borang la..mana tau diorang tak reti menulis ke (buta huruf) or takde saluran yang memberikan maklumat pasal borang2 ni ke..kan kita ada buat banci..pastinya ada sedikit sebanyak maklumat pasal pendapatan isi rumah kan..gunakanlah info tu untuk membantu orang2 yang dah lama layak untuk terima bantuan ni..

aritu aku borak2 ngan kawan aku..berkongsi citer pasal ni..katanya ada kawan dia yang ada bisnes pun sibuk la nak mohon bantuan ni..sahih la tak layak kan..tapi sebab dia kata dia berniaga..so, pendapatan tak tetap..jadi dia mohon juga..hmm..no comment la..sebab suma ni kena ada kesedaran sendiri..kalo jenis nak grab je apa peluang yang ada tanpa fikir impak sebaliknya tu..payah gak..

jadi..aku yakin rakyat Malaysia ni ramai yang bijak2 belaka..gunakanlah peluang ini sebaiknya..kalo yang tak layak memohon tapi still nak juga mohon..fikirla abis2..sebab aku dengar jika ada terdapat sebarang unsur penipuan..akan dikenakan hukuman juga..baiklah berjaga2 ye..

No comments: