Thursday, September 15, 2011

alhamdulillah & insya allah..

alhamdulillah..aku rasa so far cita-cita/impian aku dimakbulkan Allah..
bersyukur sebab masih bernafas...masih ada keje untuk menampung hidup aku seharian..
punya family yang bahagia walaupun belum lengkap..
masih tinggal di negara yang tidak berperang..tolak politik yang huru hara tapi masih bersyukur sebab berperang mulut je..takde bersenjata..
dari 5 impian yang masih tersimpan dalam hati ni..aku rasa masih ada 3 lagi yang belum ada rezeki untuk aku mencapainya..aku harap aku masih punya peluang untuk mendapatkannya sebelum menghembuskan nafas yang terakhir nanti..



dulu aku dah simpan hasrat nak kumpul aset untuk diri sendiri..terutamanya rumah..sebab bagi aku rumah takkan susut nilai..pelaburan yang menguntungkan..alhamdulillah..sudah tercapai pada tahun lepas, 2010..aku kira perancangan yang aku buat berjaya untuk takat ini..yes, umah yang aku duduk sekarang bakal menjadi aset tambahan je untuk hari tua aku nanti..

aku tak impikan kereta BMW ataupun Mercedes..cukuplah keta yang mampu untuk aku miliki dan mampu bayar ansurannya..walau tak sebesar mana..harap2 tidaklah aku menyusahkan sesapa lagi untuk tumpangkan aku ke mana2..hehe..alhamdulillah..bakal mendapat dalam masa seminggu dua ini..insya allah..tak sabar nak merealisasikan apa yang diimpikan selama ini..hanya mampu 'drive' dalam mimpi je tika ini..hehe

dah 5 tahun usia perkahwinan..tak pernah aku jemu untuk berusaha bagi mendapatkan zuriat cinta kami berdua..aku masih mampu bersabar..aku tau Allah itu bijak mengatur takdir buat aku n mycintaku itu..semoga tahun depan aku punya rezeki yang 1 ini..



tahun 2012 aku harap ada rezeki lebih untuk membeli rumah yang lebih besar dan selesa untuk aku kelak..ni target aku..walau susah camana pun aku akan usaha gak untuk dapatkan rumah ini..doakan aku..semoga Allah melapangkan rezeki aku pada tahun hadapan..insya allah..



ni hasrat yang tak pernah terpadam..hajat aku jika tak dapat haji, umrah pun jadilah..asalkan aku dapat jejak kaki kat sana..tapi aku dulu berhajat nak bawak mak abah aku, tapi arwah mak dah pegi dulu..so, tinggal abah je..memang nak pegi..tapi sekarang hajat aku nak bawak mak abah mertua aku sekali..insya allah..semoga niat aku ni dimakbulkan..




adakalanya aku takut..kalo apa yang aku impikan aku takkan dapat dicapai..
aku takut juga jika umur aku tak panjang..tak membenarkan suma itu terjadi..wallahualam kan..

tapi kalo usia aku tak lama..aku akan tinggalkan wasiat agar duit caruman EPF aku digunakan untuk merealisasikan semua itu..

korang penah terfikir setakat mana korang akan hidup dalam dunia ini?

aku hari2 fikir idup aku setakat bila..hmmmm
takut..memang aku takut..sebab aku takut tak cukup bekalan untuk membantu aku di alam sana..

2 comments:

AdanyaKauUntukku said...

insyaaLLah moga tercapai impiannn aminnnn

BHMB said...

amin3 ya rabbal alamin..tq ila..doakan yg tbaik utk kita bsama