Sunday, August 7, 2011

rumah anak yatim

sebenarnya salah satu tujuan akak2 aku turun KL aritu adalah sebab kami adik beradik dah niat nak memberi sumbangan kepada sebuah rumah anak yatim di area umah aku kat setapak indah tu..
bentuk sumbangan itu bukanlah dalam bentuk cash money ..sebab kami bukan orang ado2..huhu
tapi dalam bentuk barangan dapur..tau jela bulan posa ni..mesti banyak barang nak guna untuk masak time sahur dan berbuka kan..
tukang beli barang adalah aku ngan akak aku..kami pegi kat NSK wangsa maju je..senang, dekat dan murah juga..
kami beli la beberapa barang asas..beras, gula, susu, telo, biskut, milo, tepung, minyak masak, bihun, jajan2 (air kotak), dan macam2 lagi lah..




ni troli aku..ada lagi 1 troli akak aku bawak..


sebenarnya nak citer..tak sedap hati gak la aku nk citer benornya ni..tapi untuk pengajaran bersama aku rasa aku perlu berkongsi..


urusan nak hantar barang2 kat umah anak yatim ni aku berurusan ngan Pn. Mun which is penjaga bebudak kat situ..takde la aku terus terjah je datang..aku pun tau gak adat kan..


masa aku kol Pn. Mun tu..aku cakap just nak anta makanan iaitu Nasi Ayam sebanyak 80 peket untuk makan malam kat semua penghuni, so aku bagitau awal2 kat dia jangan la masak lagi dah..


pasal barang2 dapur tu memang tak inform pun dia..kitorang saja buat surprise..masa lepas beli2 barang..dalam ujan2 renyai kitorang pergilah hantar terus ke umah tu..


sampai2..bagi2 salam lambat je orang sahut..dengar suara bebudak tu bermain2..tapi sorang pun tak nampak..pastu baru la seorang lelaki berbangsa India Muslim keluar..aku bagitau hajat aku..pastu dia kata masuklah..umah tu bertangga nak masuk..so, bukan dia yang tolong bukak pintu ok..tapi dia suh aku bukak sendiri..


muka tak senyum tu tak payah citer la...terasa sangat aku ni macam menyusahkan dia..dahla tu..masa kami dok punggah2 barang nak bagi bawak masuk..apa la salahnya dia sambut barang2 kami tu..takkkkk...dia lak tunjuk "letak situ" ..eh2..dalam ati aku nak start nyumpah dah..tapi aku sabar je..sebab taknak lari dari niat asal..nasib la aku pegi 2 keta...adik aku, iwan pun ada..so, barang2 tu sat jela dipunggah..pas setel tu..aku bagitau la sat lagi kul 6.30petang aku datang lagi antar nasi ayam pulak..dia angguk je


aku nengok macam tak berminat je ngan keramahan aku..kitorang pun minta diri jela..guess what?dia tak cakap terima kasih pun..hmmmm..pas kitorang pegi..dia terus tutup pintu dan masuk umah..sabar jelah..


kul 6.30 petang aku datang lagi..nasib baik aku jumpa Pn. Mun..direct je aku bagitau kat Pn. Mun pasal lelaki tu..rupanya lelaki tu la owner umah tu..merangkap seorang ustaz..Pn. Mun pun macam takut2 je nak cakap lebih2 pasal lelaki tu..dia bagi no Hp dia kalo ada apa2 urusan pasni..


kenapa ye sampai jadi camtu?adakah dia melihat pakaian kami yang hanya bert-shirt & jeans , pakai keta biasa2 je membuatkan dia melayan kami sebegitu rupa?apa lah salahnya melemparkan senyum jika tidak mahu berbual..ni ngan body languange yang sangat ketara macam rimas nengok kami..haihhh..tolonglah..ingat orang2 kaya2 je ke perlu dilayan elok2..kami ni tak layak kahh


pasni aku urusan apa2 direct ngan Pn. Mun jela..dia bahasakan diri dia Ibu..tapi aku ni payah sket nak panggil orang Ibu/Mak ni..heheh..dulu mak mertua aku pun lama giler aku nak biasakan..asyik tersasul makcik je..


apa2 jelah ..aku menulis pasal ni bukan lah niat mau mengutuk..tapi aku terkilan..aku rasa sesiapa yang berada di tempat aku pun pastinya merasa apa yang aku rasa..sedihh..


diakhiri dengan jelingan tajam oleh budak botak kecik ni..hehe


oh ya..kepada sesiapa yang ingin menyumbang..rumah ini namanya MAAHAD TAHFIZ BAITUL UMMAH...selain dia mengajar bebudak tahfiz..rumah ni juga menempatkan mualaf, anak2 yatim, dan ibu tunggal..lokasinya di taman setapak indah..ini no telefonnya.03-40243304


atau boleh kol Pn. Mun sendiri 016-2872583

4 comments:

AdanyaKauUntukku said...

ita..lain kali kabo2 leh..leh ila tumpang2..huhuhu

BHMB said...

blh..pasni akan ada lg penghantaran brg2 dapur tu..aku dah diskas ngan norium (JKK).mmg tiap2 bln kami bagi duit sumbangan kat dia dan dia akn edarkan pada memana pihak yang layak..mungkin akan masuk rumah baitul ummah ni sekali..aku akan inform ko..kekdg g sndiri2 lagi sng..hehe

AKO @ retna said...

weii ni yg belah mana ek?
dulu ako pernah gak hantar kat rumah anak yatim area danau kota tu..

BHMB said...

yela kot..tempat yang sama..aku antar ni kat setapak indah..terus sket dari uptown danau kota..ko antar tu belah mana?