Thursday, October 6, 2011

chim chum @ LiKi-LiKi Restaurant

ni kejadian hari yang sama..1 october gak..tapi ni aktiviti malam lak
yela..balik dari bertandang tu..adik beradik aku dok melepak umah aku..hari tu memang ada masak lauk tengahari..tapi akak aku, alin ajak makan kat luar..
dia nak banje..tapi yang merepeknya dia ajak g wong solo, ampang nun..gilo ko apo..
nak sampai sana semata2 nak makan..akak aku memang camtu..dia fikir dengan cakap je leh terus sampai kot..dia bukan fikir keadaan trafik nak sampai sana tu camana..kot jem ke..ujan lebat ke..
sukati dia je..lagipun bukan dia yang bawak keta..pastu bincang nyer bincang..aku yang (akhirnya aku gak kan..hehe) decided kata kita makan steamboat jela..kat platinum walk (senang..dekat umah aku je..takde masalah jem..)
lagipun orang nak banje..kenalah demand sket kan..haha
memula planning nak makan kat flaming steamboat je..tapi mak oii...orang adalah ramai dan biler aku tanya ada meja kosong tak..pekeje dia tanya 1 soalan je kat aku.."ada booking tak?"
aku cakap takde..depa pun berlalu pergi tanpa ada jawapan selanjutnya..tensen kan..
yela2..salah aku sebab main terjah..tapi at least huraikan lah persoalan itu kan..
sudahnya kami ke kedai deret2 situ gak..pastu abg ipar aku kata ada 1 restoran tu ada banner tulis steamboat..chim chum..so, pergi la situ..nama kedai LIKI-LIKI..nengok kosong je..cari meja kosong..ada 3,4 orang dok borak2 bangun tanya kami..pastu suma bergegas kemas meja..satukan meja..rupanya mereka adalah pekerja..maybe relax2 sebab takde customer kot..
tapi serius suka..diorang adalah sangat friendly..owner dia pun sat2 datang tanya nak apa2 ke..pastu melayan bebudak kecik itu..


korang try la..memang sangat memuaskan hati


baru dapat dok

muka kelaparan

acu n abah aku

orang yang puas ati..hehe


diorang nyer adalah buffet style..so, kena amik la apa korang nak makan..aku amik pulut mangga n keropok2 dulu..wat kudap2an sementara periuk dipanaskan



asam laksa pun adalah sedap

aku tak makan bubur kacang ni..tapi diorang yang amik ni katanya sedap..tak manis sangat..lemak berkrim..

periuk dah sampai..sup je diorang letak..tapi still sedap untuk dihirup2..tengah tu for grill..bahan2 yang diperap, udang, sotong,daging, ayam..suma sedap..


minah poyo suh aku snap..

ni dia ingat aku snap gambo dia..padahal aku amik gambo mycinta..haha


fokus kat nafis yang tido..sian dia..tak meragam pun..


ayu n nia..tu dah cebik sebab dah rimas dok atas kusi.nak merayap..


overall memang aku sangat2 puas ati..

kami amik buffet..dewasa diorang caj rm19.90 seorang..kanak2 (dari umur 4 hingga 9tahun) rm12.90 dan bawah umur 3 tahun adalah free..

total kitorang kena bayar pada malam itu adalah rm270..

ok kan?sebab suma benda kitorang merasa dan licin..sebab SEDAP giler!!

memang akan repeat la pasni..



1 comment:

Periuk Chim Chum said...

Dapur CHIM CHUM (BBQ Stoves) trend terbaru dengan teknik masakan '2 in 1' iaitu stimboat dan memanggang.


Dengan ruang BBQ ditengah dan ruang merebus ditepi keliling.
Ia juga sesuai untuk kegunaan restoran, hotel,resort, camping dan sebagainya, sesuai bagi mereka yang ingin mencuba menu baru.

Terdapat 3 pilihan saiz -
Saiz S (30cm) - RM 70.00
Saiz M (35cm) - RM 90.00
Saiz L (40m) - RM 120.00

**Untuk borong harga boleh runding.
**Harga tidak termasuk kos penghantaran.
**Penghantaran melalui poslaju 'Door to Door' dan Checkpoint di sekitar IKEA Mutiara Damansara dan Kuala Lumpur.
**Penghantaran setiap hari Sabtu Dan Ahad sahaja.

HANYA DI http://periukchimchum.blogspot.com/

SILA HUBUNGI @ SMS 012-9796015 EN. MUHAMAD

SELAMAT BERMAIN MASAK-MASAK DENGAN PERIUK CHIMCHUM....